Seminar Zakat dan Wakaf di UNIPSAS

KUANTAN, 16 MAC 2023 – Satu seminar berkenaan zakat dan wakaf telah diadakan di UNIPSAS. Seminar ini dibahagikan kepada 4 dibahagikan kepada 4 slot iaitu, Pensyariatan Zakat, Pelaksanaan Wakaf di Negeri Pahang, Pengenalan Zakat Perniagaan dan Kajian kes Zakat Harta dan Zakat Perniagaan. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang ibadah zakat dan wakaf. Para pelajar juga didedahkan dengan pengurusan wakaf di negeri Pahang, dan cara pentaksiran zakat yang sebenar.

YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Haji Hussien, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, selaku perasmi seminar tersebut, menyeru kepada para pelajar UNIPSAS agar sentiasa menyebarkan kepada orang ramai tentang kepentingan zakat dan wakaf. YH Prof Madya Dato’ Dr. Haji Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor UNIPSAS juga turut mengharapkan seminar yang dijalankan itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat, bukan hanya kepada diri sendiri sahaja. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada PKZ dan MUIP kerana sentiasa menyokong atas apa-apa program yang dibuat oleh unipsas.

Turut hadir Dr. Asmadi Bin Abdul Rahman, (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP), Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim (Timbalan Pengurus Besar Kanan PKZ) dan Ustaz Abdul Halim (Ketua Jabatan Syariah). Lebih 300 orang pelajar yang terdiri daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pengurusan dan Informatik menyertai seminar tersebut.

Alhamdulillah sepanjang seminar berlangsung, pihak penganjur berjaya mengumpul kutipan wakaf daripada para pelajar mencecah lebih RM 1000 ringgit. Semoga ibadah wakaf dan zakat terus subur sehingga ke akhirnya di dalam diri kita semua.