Street Dakwah Car Boot Sale, Temerloh

TEMERLOH, 11 MAC 2023 – Sempena Bulan Zakat dan Wakaf, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Cawangan Temerloh telah mengadakan Street Dakwah di Car Boot Sale Temerloh. Tujuan street dakwah ini diadakan untuk memperkenalkan dan mengajak kepada pengunjung terhadap ibadah zakat dan wakaf.

Pada program tersebut, kaunter zakat dan wakaf turut dibuka untuk memudahkan pengunjung berwakaf dan juga mentaksir zakat mereka. PKZ dan Wakaf Pahang juga menyediakan goodies bag yang berisi maklumat berkaitan zakat dan wakaf untuk peniaga di car boot sale tersebut.

Ustaz Haji Mohd Asri Bin Awang, Pengurus PKZ Zon Tengah juga turut turun padang bagi memeriahkan lagi street dakwah. Beliau berpandangan bahawa, Street Dakwah ini mempunyai potensi yang besar untuk menyebar luas ibadah zakat dan wakaf ini kerana dengan program sebegini, ianya lebih mudah untuk kita mendekati masyarakat.

Kutipan wakaf dan zakat juga amat memberansangkan pada malam tersebut. Menariknya, pengunjung yang berwakaf bukan sahaja daripada golongan yang sudah bekerja, malah turut sama menyumbang daripada golongan muda yang masih belajar yang mana ingin mengambil peluang untuk membuat amalan yang mulia ini. Semoga pembayar zakat dan pewakaf sentiasa mendapat keberkatan di dalam harta mereka in shaa Allah.