Street Dakwah Pekan Sari Dong, Raub

RAUB, 8 MAC 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Zon Barat telah mengadakan Street Dakwah di Pekan Sari Dong, Raub. Ia bertujuan untuk menyebarkan dan memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan ibadah zakat dan wakaf.

Kaunter zakat dan wakaf turut dibuka untuk memudahkan para pengunjung untuk melaksanakan atau mengetahui dengan lebih mendalam tentang ibadah itu. Program ini telah mendapat sambutan yang baik oleh pengunjung pasar tersebut. Lebih 30 pewakaf telah berwakaf dan membuat potongan gaji.

Terdapat juga peniaga-peniaga di pasar tersebut yang mengambil peluang untuk mentaksir zakat. Ustaz Mohd Zaisam bin Zainal, Pengurus Zon Barat PKZ berkata, program-program seperti ini boleh dibuat di masa akan datang secara berkala supaya dapat memudahkan para pengunjung di pasar tersebut berwakaf dan membayar zakat.