Street Dakwah Pekan Sehari, Temerloh

TEMERLOH, 12 MAC 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Zon Tengah telah melaksanakan satu program street dakwah di Pekan Sehari, Temerloh. Program yang berlangsung bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengahari ini bertujuan untuk menyebarkan dakwah berkaitan ibadah zakat dan wakaf serta mengajak pengunjung untuk berwakaf dan tunaikan zakat.

YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, turut serta turun padang bagi menjayakan street dakwah tersebut. Beliau turut menyapa dan beramah mesra peniaga-peniaga di pasar. Kedatangan YH Dato’ sedikit sebanyak menyuntik semangat kakitangan PKZ dalam menjayakan program tersebut.

Dalam program tersebut, PKZ telah mengedarkan beg goodies kepada peniaga di pasar yang berisi maklumat zakat dan wakaf, buletin dan surat khabar MUIP. Pengunjung-pengunjung pasar menyambut baik dan menerima sedikit sebanyak maklumat tentang ibadah zakat dan wakaf melalui brochure dan flyers yang diedarkan. Semoga ibadah zakat dan wakaf ini berkembang di negeri Pahang ini.