Syaaban sebagai Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang

KUANTAN, 22 FEBRUARI 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah melancarkan bulan Syaaban sebagai Bulan Zakat dan Wakaf peringkat Negeri Pahang.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, penganjuran Syaaban sebagai Bulan Zakat dan Wakaf adalah untuk mempertingkatan kesedaran kewajipan berzakat dan amalan berwakaf dalam kalangan umat Islam terutamanya di kalangan bakal pembayar.

Pada majlis berkenaan, seramai 250 peserta menghadiri seminar wakaf daripada institusi pondok dan maahad bagi meningkatkan kesedaran berzakat serta amalan berwakaf.

Program yang sama juga bertujuan memperkenalkan pengurusan wakaf baharu kepada orang ramai serta meluaskan penglibatan masyarakat dalam pelaksanaannya selain mengajak mereka menghayati amalan yang dituntut agama itu.

Majlis Pelancaran Bulan Zakat dan Wakaf itu telah dirasmikan oleh Datuk Ahmad Hairi Hussain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Lebih 100 program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang Bulan Zakat dan Wakaf tersebut.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Pahang, YH. Dato’ Sri Abdul Rahman Md Yunos; dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Abdul Zaki Mat Zain.