Taklimat di SMK Mat Kilau, Kuantan

KUANTAN, 13 JULAI 2024 – Satu taklimat penting telah diadakan di SMK Mat Kilau yang dihadiri oleh guru-guru sekolah tersebut. Penceramah utama dalam majlis ini ialah Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang. Beliau memberikan pencerahan mengenai peranan dan kepentingan wakaf dalam lima bidang utama, iaitu pendidikan, kesihatan, sosial, ekonomi, dan agama.

Wakaf dalam bidang pendidikan membantu menyediakan kemudahan pembangunan frasarana dan sebagainya. Dalam bidang kesihatan, wakaf menyokong pembinaan dan operasi kemudahan perubatan. Akhir sekali, dalam bidang agama, wakaf menyumbang kepada pembangunan dan penyelenggaraan institusi keagamaan serta aktiviti dakwah.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ustaz Qayril dari Bahagian Dakwah dan Pemasaran. Pengetua SMK Mat Kilau, Encik Asmawi bin Daud, juga hadir dan mengalu-alukan kehadiran pegawai dari Wakaf Pahang. Majlis ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana guru-guru berpeluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai wakaf. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen sekolah dalam mendalami dan mengamalkan konsep wakaf untuk kebaikan bersama.