Pahang, 26 Februari – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah menganjurkan Taklimat Garis Panduan Penggunaan Buku Kupon Wakaf Tunai kepada seluruh amil di negeri Pahang. Taklimat ini bertujuan memastikan proses agihan buku kupon wakaf tunai berjalan lancar serta memperkenalkan inisiatif wakaf tunai kepada para amil.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Taklimat ini juga turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para amil. Seramai 846 orang amil dari seluruh daerah di negeri Pahang telah menghadiri sesi taklimat ini.

Antara daerah yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi ialah di daerah Kuantan dengan kehadiran seramai 175 orang amil, diikuti Temerloh iaitu seramai 128 orang. Kesemua amil yang hadir telah diberikan penerangan mengenai peranan mereka dalam menyampaikan maklumat wakaf kepada masyarakat.
Diharapkan dengan kerjasama antara Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, lebih ramai umat Islam akan mengambil bahagian dalam usaha meningkatkan kutipan wakaf tunai, seterusnya menyumbang kepada pembangunan institusi Islam di negeri Pahang.