Taklimat Wakaf Bersama Guru Besar-Guru Besar Di PPD Lipis

LIPIS, 8 MAC 2023 – Dalam satu program yang dianjurkan oleh PPD Lipis, Wakaf Pahang diberi kesempatan untuk berkongsi berkenaan pengurusan wakaf di negeri Pahang. Sebanyak 69 buah sekolah yang terlibat yang diwakili guru besar dan pengetua sekolah rendah dan menengah di seluruh Daerah Lipis.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Qumeyza Safwan Bin Sulaiman selaku Pengurus Wakaf Pahang. Beliau juga telah menyeru untuk para peserta di dalam program tersebut untuk berwakaf untuk mendapat keberkatan di dalam rezeki dan ganjaran yang berkekalan sehingga ke hari kiamat.

“Keberkatan yang kita dapat bukan setakat rezeki kita bertambah, bahkan diberikan kemudahan di dalam segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan sebagainya.”, katanya.

Wakaf Pahang juga sempat menyerahkan sumbangan wakaf sebanyak RM 60,000 kepada PPD Lipis untuk pembinaan Surau Istiqamah yang sekarang ini sudah berada di fasa terakhir pembinaan.