Taklimat Wakaf di IPD Bentong

BENTONG, 9 MAC 2023 – Satu taklimat wakaf telah diadakan di IPD Bentong yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh. Lebih 30 pegawai dan anggota yang terlibat sama di dalam taklimat tersebut.

Tujuan taklimat tersebut dilaksanakan adalah untuk menerangkan berkaitan pengurusan wakaf kepada pegawai dan anggota di IPD Bentong di samping membuka peluang kepada mereka platform untuk berwakaf secara potongan gaji.

Alhamdulillah, taklimat wakaf tersebut sedikit sebanyak membantu mereka mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan Wakaf Pahang. Ustaz Muhammad Fariduddin menekankan bahawa wakaf ini merupakan satu peluang yang sangat besar boleh diamalkan, membersihkan harta dan yang lebih penting, untuk pembangunan ummah di negeri Pahang.