Taklimat Wakaf IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

LIPIS, 3 APRIL 2023 – Satu taklimat berkaitan pengurusan wakaf di negeri Pahang telah diadakan di Insitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis (IPG). Taklimat tersebut diadakan sempena perjumpaan bulanan pensyarah, kakitangan dan pelajar di kampus tersebut.

Perjumpaan itu diisi dengan slot kerohanian yang telah disampaikan oleh Pusat Pendidikan Islam IPG manakala slot seterusnya diisi pula dengan taklimat wakaf oleh Wakaf Pahang. Pengurus Wakaf Pahang, Encik Qumeyza Safwan bin Sulaiman selaku penceramah, telah menjelaskan pengurusan wakaf di negeri Pahang dan mengajak supaya warga IPG bersama-sama berwakaf untuk pembangunan ummah di negeri Pahang, khususnya di daerah Lipis. Turut dihadiri Pengurus Zon Barat Pusat Kutipan Zakat Pahang, Ustaz Mohd Zaisam bin Zainal bersama-sama menjayakan taklimat tersebut.

Ada di dalam kalangan pelajar dan pensyarah mengambil membuat potongan gaji dan juga berwakaf unuk mendapatkan kelebihan dan manfaat yang berkekalan walaupun selepas meninggal dunia.

Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof berharap agar taklimat wakaf yang disampaikan itu sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat untuk membangunkan ummah di negeri Pahang dengan amalan berwakaf. Juga mengharapkan agar ada kerjasama di antara Wakaf Pahang dan pihak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis pada masa hadapan.