KUANTAN, 8 MAC 2024 – Pada hari ini, staf RHB Bank Kuantan telah diberikan taklimat yang penting mengenai pengurusan harta wakaf, yang disampaikan oleh Encik Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh, wakil dari Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Taklimat yang berlangsung di dalam ruang utama bank telah diberi sambutan baik oleh Encik Adli Pengurus Bank. Salah satu point utama yang disentuh dalam taklimat ini adalah kesedaran pentingnya pengurusan wakaf dalam menguruskan harta umat Islam. Encik Muhammad Fariduddin menjelaskan betapa pentingnya wakaf dalam memperkasakan ekonomi umat, serta bagaimana ia menjadi jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
Galakan yang diberikan kepada staf RHB Bank untuk membuat potongan secara bulanan melalui Direct Debit telah ditekankan sebagai salah satu cara praktikal untuk menyumbang kepada ekonomi wakaf. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam usaha pembangunan ekonomi umat Islam melalui wakaf.
Selain itu, taklimat tersebut juga menekankan peranan penting wakaf dalam ekonomi umat. Ia bukan hanya sekadar tindakan keagamaan, tetapi juga satu strategi ekonomi yang mampu memberikan kesan positif dalam pembangunan masyarakat.
Diharapkan, taklimat ini bukan hanya memberi pengetahuan kepada staf RHB Bank, tetapi juga memupuk semangat dan kesedaran mengenai pentingnya peranan wakaf dalam kehidupan umat Islam. Dengan kesedaran yang tinggi, diharapkan ia akan membawa impak yang besar dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan umat Islam di Pahang dan seluruh negara.