Taklimat Wakaf Pahang di JKR Bentong

BENTONG, 13 APRIL 2023 – Satu taklimat wakaf telah diadakan di JKR Bentong. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pengurusan wakaf di negeri Pahang. Seramai lebih 30 kakitangan JKR terlibat di dalam taklimat tersebut. Taklimat wakaf tersebut berlangsung selama satu jam dan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh, pegawai Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang.

Turut dibuka kaunter wakaf bagi memudahkan kakitangan berwakaf di Wakaf Pahang serendah RM5 tunai atau secara potongan gaji. Alhamdulillah, taklimat tersebut mendapat sambutan daripada kakitangan JKR. Ir. Mohd Rozaiman Bin Sulaiman, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Bentong juga menyatakan bahawa taklimat sebegini amat bagus dan dapat membuka mata masyarakat berkenaan dengan kepentingan wakaf. Turut bersama di dalam taklimat tersebut pegawai-pegawai daripada PKZ cawangan Bentong dan Raub.