KUANTAN, 11 APRIL 2023 – Sempena bulan Ramadan ini, Wakaf Pahang mengambil peluang untuk memenuhi ruang masa selepas solat Zohor dengan memberi tazkirah berkenaan kelebihan dan pengurusan wakaf Pahang kepada jemaah masjid. Antara masjid tersebut adalah Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Masjid Tepian Putra Kuantan dan lain-lain.
Tazkirah yang disampaikan itu dapat membantu masyarakat untuk mengetahui info berkenaan wakaf di negeri Pahang dari aspek pengurusan dan kelebihan. Di samping itu, Wakaf Pahang juga mengambil inisiatif untuk membuka kaunter wakaf semasa tazkirah dijalankan supaya masyarakat berpeluang untuk melakukan amalan wakaf.
Alhamdulillah, tazkirah ramadhan yang dianjurkan oleh pihak masjid mendapat sambutan yang meriah dan mengambil masa untuk bertanya berkenaan platform berwakaf. Tidak kurang juga ada yang berwakaf dan niatkan untuk ahli keluarga mereka yang telah tiada. Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan kesenangan di dunia dan akhirat pewakaf.