UCYP Jalin Kerjasama Bersama Wakaf Pahang

KUANTAN, 9 OGOS 2023 – Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) menjadi institusi perintis dalam menjayakan projek wakaf pendidikan melalui Pembangunan Koleksi Bahan Bacaan Pustakaan. Kerjasama yang dimeterai itu dilihat mampu membina hubungan sinergi antara universiti dan masyarakat.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dato’ Hj Halidan bin Md Daud berkata, projek ini mampu memantapkan lagi pustaka tersebut dengan koleksi pendidikan yang komprehensif selain pembaharuan fasiliti untuk pembelajaran penuntut di kolej.

“Dana wakaf sebanyak RM50,000 telah disalurkan Januari lalu menerusi tabung wakaf, tabung ini juga adalah hasil sumbangan orang ramai. Kita mahu mencapai sasaran RM100,000 untuk tempoh 6 bulan ini”, katanya.

Selain kerjasama terbabit, Wakaf Pahang dan pihak UCYP juga dalam perancangan memperkukuh kerangka program Generasi Wakaf (Gen W). Kolaborasi yang dijangka dimeterai secara rasmi dalam tempoh dua bulan itu menjadikan fokus utama membentuk sukarelawan wakaf dalam kalangan pelajar.