Wakaf Pahang Bersama Warga Kerja MPT

TEMERLOH, 9 FEBRUARI 2024 – Program Penerangan Wakaf Pahang telah dijalankan dengan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Temerloh sempena sambutan bulan zakat&wakaf negeri Pahang 2024. Taklimat wakaf disampaikan oleh Dato’ Halidan, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang Muip, dihadiri seramai 80 orang kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh.

Dalam taklimat tersebut, Dato’ Halidan telah berkongsi maklumat yang penting mengenai konsep wakaf dan peranan yang dimainkan oleh Wakaf Pahang dalam memajukan masyarakat setempat. Beliau menekankan kepentingan amalan berwakaf sebagai satu bentuk sumbangan yang berterusan untuk kebajikan dan pembangunan komuniti.

Selain itu, menurut Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh, pentingnya kerjasama dengan Wakaf Pahang dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Beliau juga menegaskan keperluan untuk membudayakan amalan berwakaf, khususnya dengan menggalakkan kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh untuk menyumbangkan sebahagian daripada gaji bulanan mereka sebagai bentuk sokongan kepada program wakaf.

Program Penerangan Wakaf Pahang ini bukan sahaja memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai wakaf kepada kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh tetapi juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan pihak berwakaf. Harapannya, melalui kerjasama ini, lebih banyak inisiatif wakaf dapat dilaksanakan untuk manfaat bersama dan pembangunan mapan dalam komuniti setempat.