KUANTAN, 27 JUN 2024 – Wakaf Pahang telah bekerjasama dengan PahangGO dalam usaha memperkenalkan sistem pembayaran wakaf yang inovatif melalui aplikasi PahangGO. Majlis pelancaran soft launch sistem ini telah diadakan di Pejabat Wakaf Pahang dan dirasmikan oleh YH Dato’ Hj Halidan.

Kerjasama ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat Pahang dalam melakukan sumbangan wakaf secara digital, menjadikan proses tersebut lebih efisien dan mesra pengguna. Dengan integrasi sistem pembayaran wakaf dalam aplikasi PahangGO, pengguna kini boleh membuat sumbangan dengan mudah hanya melalui telefon pintar mereka.
Dalam ucapannya, YH Dato’ Hj Halidan menekankan kepentingan inovasi teknologi dalam mempermudah urusan wakaf dan menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk turut serta dalam amalan mulia ini. Beliau berharap dengan adanya kemudahan ini, sumbangan wakaf akan meningkat dan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan dan kesejahteraan ummah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh para kakitangan Wakaf Pahang dan wakil daripada PahangGO.