TEMERLOH, 1 Mac 2025 – Wakaf Pahang terus komited dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada empat pemohon di kawasan Jengka dan Kuala Krau.
Penyerahan itu disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dr. Mohd Syakir yang hadir sendiri bagi menghantar kerusi roda tersebut kepada penerima. Seramai tiga pemohon dari Jengka 19 dan seorang pemohon dari Kuala Krau menerima manfaat ini.

Menurut Dr. Mohd Syakir, Wakaf Pahang bukan sahaja menumpukan bantuan dalam aspek kesihatan, tetapi turut merangkumi bidang sosial, keagamaan, pendidikan, dan ekonomi.
“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban penerima dan membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa,” katanya.
Orang ramai yang memerlukan sumbangan kerusi roda atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Wakaf Pahang melalui talian 09 – 514 5151.