WAKAF PAHANG SUMBANG RM10,000 KEPADA MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 UNTUK PENYEDIAAN KERUSI/BANGKU LOGAM

Kuantan, 9 Ogos 2024 – Wakaf Pahang terus komited dalam usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan jemaah dengan menyumbang dana wakaf sebanyak RM10,000 kepada Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Sumbangan ini bertujuan untuk menyediakan kerusi bangku/logam bagi kemudahan beristirahat jemaah masjid.

Majlis ringkas serahan sumbangan ini telah diadakan selepas selesai solat Jumaat dan disampaikan oleh YH. Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud, Ahli Jawatankuasa Wakaf Pahang kepada YBrs. Sahibus Saadah Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

YH. Dato’ Haji Halidan turut menekankan pentingnya untuk memastikan keselesaan jemaah yang hadir ke masjid, terutamanya golongan warga emas dan mereka yang memerlukan tempat untuk berehat. Beliau juga berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak masjid dan jemaah.

Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif Wakaf Pahang dalam memperkasakan syiar wakaf menerusi sektor keagamaan.