Wakaf Pahang Sumbang RM100,000 Dana Wakaf Kepada Masjid Kg Sepat, Kuantan

KUANTAN, 30 APRIL 2024 – Majlis sumbangan dana wakaf telah diadakan di Masjid Kg Sepat, Kuantan. Sumbangan berjumlah RM100,000 disampaikan oleh YH Dato’ Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Wakaf Pahang kepada Encik Halimi Bin Abd Hamid,Pengerusi Masjid Kg Sepat.Turut bersama dalam majlis penyerahan ialah Ustaz Shaharudin,Imam 1 Masjid Kg.Sepakat&Encik Affandi selaku Setiausaha Masjid Kg Sepat.

Majlis yang dihadiri lebih 40orang masyarakat setempat ini juga turut diserikan dengan Diskusi Wakaf bertajuk ‘Membina Mahligai Di Syurga’ menampilkan dua orang ahli panel iaitu YH Dato’ Hj Halidan Bin Mohd Daud bersama Ybgia Ustz Mohd Farid Bin Mohd Ramly. Diskusi ini memberi ruang kepada Wakaf Pahang untuk berkongsi sejarah&kepentingan memahami konsep sebenar wakaf dalam masyarakat hari ini. Dalam bicarawara tersebut,YH Dato’ Halidan sempat menyentuh pengalaman beliau dalam menguruskan wakaf tanah di tanah di negeri Pahang.Menurut beliau, tanah yang diwakafkan melalui MUIP selaku pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Pahang akan dipelihara sebaiknya menurut hukum syarak&undang-undang.Ini akan menjamin hasrat pewakaf disamping dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.
Selain itu juga, Mohd Farid membawa sidang pendengar menyelusuri kisah dan sejarah Rasullullah S.A.W. & Para sahabat dalam mewakafkan harta mereka. Katanya,dengan memahami sejarah kita akan bersemangat menjadikan amalan berwakaf sebagai amalan seharian dalam kehidupan kita bagi memastikan ada pahala berkekalan buat kita walaupun kita telah meninggal dunia.

Kehadiran ramai jemaah dan penduduk setempat memenuhi ruang masjid menjadikan majlis ini sangat bermakna.

Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat terus menggalakkan lebih banyak individu serta organisasi untuk terlibat dalam inisiatif wakaf di masa hadapan.