Dialog Santai bersama Penghulu dan Pengerusi Masjid di Daerah Jerantu

JERANTUT, 24 MEI 2022 – Satu sesi penerangan dan Ddalog Wakaf Pahang bersama Penghulu-Penghulu daerah Jerantut dan Pengerusi-Pengerusi Masjid daerah Jerantut, Pahang telah diadakan.  Pertemuan ini diketuai oleh YH. Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud, selaku Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Dalam pertemuan ini antara perkara yang diterangkan oleh YH. Dato’ ialah betapa pentingnya institusi wakaf yang perlu diperkasakan dan disebarkan dalam kalangan masyarakat, peranan Pegawai-Pegawai, Penghulu-Penghulu serta ahli jawatankuasa Masjid amat penting dalam membantu usaha menyebarkan amalan dan fungsi peranan wakaf dalam memartabatkan ekonomi ummah.

Dalam pertemuan ini, beberapa isu dibangkitkan seperti wakaf berkaitan tanah dan aset dapat diselesaikan melalui perbincangan dan penerangan yang disampaikan oleh YH. Dato’ sendiri. Selain itu, maklumat berkenaan wakaf tunai serta kaedah  untuk melaksanakan wakaf tunai boleh didapati dengan lebih terperinci dalam portal Wakaf Pahang.

Hasil dari pertemuan ini telah membuka mata semua pihak bahawa amalan wakaf itu lebih mudah dan manfaat dengan hasil dari wakaf itu sendiri amat besar peranannya dalam memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan wakaf diiktiraf salah satu amalan sedekah kelas pertama yang telah di amalkan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga ke hari ini. Bahkan telah ada beberapa buah negara Islam telah ada kementerian wakafnya sendiri walaupun penubuhannya telah bermula sejak beberapa ratus tahun dahulu tapi hasil dan kesannya dapat di rasakan sehingga ke hari ini.

Diharapkan hubungan dan pertemuan ini mampu memberikan kesan dan dapat di sebarkan kepada masyarakat di daerah Jerantut khususnya dalam menggalakan orang ramai berwakaf dengan Wakaf Pahang.