Taklimat Wakaf di Pejabat Pendidikan Negeri Pahang

KUANTAN, 15 JUN 2022 – Satu taklimat wakaf telah diadakan bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang dan Pegawai PPD seluruh negeri Pahang yang bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pendidikan Negeri Pahang.  Taklimat disampaikan Oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly, Pegawai Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang.

Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu semasa berkaitan wakaf dan pendidikan dapat dikongsikan dalam usaha kerjasama antara Wakaf Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Ustaz Mohd Farid sempat menerangkan info-info berkaitan wakaf disamping menjelaskan isu-isu semasa berkenaan wakaf dan pendidikan. Hasil dalam pertemuan ini juga menunjukkan suatu bentuk jalinan kerjasama yang baik kearah kebersamaan dalam mengeratkan hubungan antara kedua-kedua pihak. Dalam pertemuan ini juga, turut dibincangkan untuk dilaksanakan program wakaf dan pendidikan dalam masa terdekat ini.

Di akhir pertemuan ini, pegawai-pegawai PPD sempat menunjukkan simbolik “screenshort” paparan telefon pintar menunjukkan Pegawai PPD membuat potongan gaji bagi menyatakan sokongan penuh warga Pendidikan negeri Pahang kepada Wakaf Pahang.

Kongsi:

Berita Terkini