[Jelajah DDHA] Kuliah Maghrib Khas : Bekalan Akhirat, Bersediakah Aku?

BENTONG, 19 FEBRUARI 2024 – Sempena Bulan Zakat & Wakaf Pahang, satu kuliah maghrib khas yang bertajuk “BERSEDIAKAH AKU” telah diadakan di Masjid Tengku Azizah Iskandar Kg Baru Bentong.

Kuliah Maghrib itu telah disampaikan oleh YH Dato Dr Hasan Bin Mohamed Ali. Menurut beliau lagi yang mengupas berkaitan tajuk yang di sampaikan adakah kita dan ahli keluarga bersedia mempersiapkan kehidupan kita apabila bertemu dengan Allah S.W.T jika kita dijemput pulang nanti.

Di samping itu bagaimana kita mempersiapkan amalan kita, salah satunya membersihkan harta kita melalui amalan berzakat dan berwakaf. Kaunter informasi dan penyertaan Wakaf Tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang ahli kariah dan jemaah setempat melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah dan keindahan wakaf itu sendiri di kalangan masyarakat.