...

Mini Forum Bulan Zakat Dan Wakaf : ‘Indahnya Berwakaf’ Di Masjid Taman Desa Damai

BENTONG, 19 FEBRUARI 2024 – Sempena Bulan Zakat dan Wakaf (BZW), Wakaf Pahang telah mengadakan Mini Forum di Masjid Taman Desa Damai, Bentong selepas solat fardu Maghrib.

Mini Forum yang menampilkan Pengurus Besar Wakaf, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan Ketua Bahagian Pemasaran dan Dakwah Wakaf Pahang, Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly telah mengupas mengenai bagaimana mudahnya untuk berwakaf melalui pelbagai saluran untuk berwakaf yang disediakan oleh Wakaf Pahang. Saluran berwakaf yang dibentangkan ialah berwakaf tunai melalui perbankan internet, berwakaf melalui potongan gaji dan melalui kaunter-kaunter bayaran di pejabat-pejabat Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Lebih menarik apabila Wakaf Pahang menyarankan bahawa berwakaf boleh juga dibuat bagi pihak orang-orang yang disayangi seperti pasangan suami isteri atau kepada arwah-arwah yang telah meninggal dunia.

Para Jemaah yang terdiri dari penduduk yang tinggal di taman yang berada di sekeliling masjid, sangat berminat untuk menggunakan saluran berwakaf sedia ada apabila mengetahui bahawa daripada dana wakaf yang mereka sumbang, pihak masjid boleh membuat permohonan untuk mendapatkan dana wakaf tersebut bagi membaiki benteng yang hampir runtuh dibahagian tepi Masjid Taman Desa Damai. Dengan itu, para pewakaf akan terus dapat melihat manfaat daripada wakaf tunai yang mereka keluarkan.

Disinilah keindahan wakaf apabila ianya dapat dinikmati untuk manfaat masyarakat. Dalam masa yang sama ianya menjadi bekalan amalan yang berkekalan untuk pewakaf.

Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.