KUANTAN, 26 JANUARI 2023 – Satu sesi Sidang Meja Bulat Wakaf Pahang telah diadakan bagi membincangkan dan menambahbaik berkenaan Garis Panduan Mutawali. Sesi tersebut dihadiri oleh beberapa kumpulan profesional yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran.
Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah membentangkan mengenai pengurusan dan perkembangan wakaf di negeri Pahang. Beliau juga sempat menerangkan kelebihan portal Wakaf Pahang yang telah disediakan bagi memudahkan pengguna untuk berwakaf.
Dalam sesi perbincangan yang diadakan, YH. Dato’ juga telah menerangkan Enakmen Wakaf Negeri Pahang khususnya bahagian berkaitan Mutawali untuk memberi gambaran secara menyeluruh kepada hadirin yang hadir. Persidangan meja bulat tersebut disambut baik dan berlancar lancar, pelbagai pandangan dan buah fikiran yang telah dikemukakan daripada ahli yang hadir untuk penambahbaikan di dalam menetapkan garis panduan untuk Mutawali dengan mengambil kira keadaan semasa.
Wakaf Pahang berharap agar dengan adanya sesi perbincangan meja bulat bersama kumpulan profesional ini dapat membantu menyebar luas seterusnya bekerjasama dalam membangunkan wakaf di negeri Pahang.