Lawatan Kerja Delegasi Wakaf ke Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2022 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pengurusan Wakaf Pahang ke Pusat Wakaf MAIWP SDN BHD yang diketuai oleh YH. Dato’ Hj. Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Kunjungan ini juga telah disambut baik oleh Encik Zainuddin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd.

Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu semasa berkaitan wakaf di antara negeri Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat dikongsikan dalam usaha kerjasama antara Wakaf Pahang dan Pusat Wakaf MAIWP SDN BHD.

Menurut YH. Dato wakil Dari Wakaf Pahang, sikap keterbukaan Encik Zainuddin Mohd Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Wakaf MAIWP dalam perkongsian maklumat pengurusan wakaf Kuala Lumpur jelaslah dapat di simpulkan bahawa hubungan baik kedua-dua institusi ini mampu memberikan impak yang positif kearah yang lebih baik dalam memajukan institusi wakaf diantara negeri Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua institusi wakaf ini dapat memantapkan lagi pengurusan wakaf di tanah air kita serta dapat memberi manfaat buat umat Islam pada hari ini.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp

Berita Terkini

Wakaf Pahang Sumbang Mesin Dialisis

GAMBANG, 20 Oktober 2022 – Pusat Dialisis MUIP semalam menerima sumbangan 10 mesin hemodialisis bernilai RM369,000 daripada Wakaf Pahang dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan

UMP terbanyak potong gaji wakaf

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Sempena Forum Wakaf “Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang” yang diadakan di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan semalam, 2 majikan yang

Wakaf Pahang Mula Mengorak Langkah

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Seramai lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta, Badan-Badan Korporat dan Swasta, Universiti Awam dan Swasta

Pautan Pantas

x