Kuantan, 17 September 2026 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW) hari ini menyantuni kunjungan hormat delegasi Yayasan Hasanah sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam memperkasa agenda ekonomi wakaf di Negeri Pahang.
Delegasi Yayasan Hasanah diketuai oleh Pn. Sharifah Norjumiza BTW Syed Agil, Senior Director, Corporate Support Services, bersama En. Megat bin Haji Azlan, Head of Finance & Governance; Nur Shaahadah Zulkifli, Senior Executive, Finance & Treasury; dan Nur Dina Farhaza Zu, Executive, Finance & Treasury.
Pertemuan ini menjadi medan perkongsian pandangan serta penerokaan potensi kerjasama strategik, khususnya dalam pembangunan wakaf produktif, pembangunan aset wakaf dan inisiatif berimpak tinggi yang mampu menjana manfaat ekonomi serta sosial secara berterusan kepada masyarakat.

PKZW melihat jalinan strategik bersama Yayasan Hasanah sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem wakaf Pahang melalui perkongsian kepakaran, tadbir urus yang mampan serta penerokaan model pembiayaan dan pembangunan yang inovatif.
Kunjungan ini turut mempertegaskan komitmen PKZW untuk menjadikan wakaf bukan sekadar instrumen kebajikan, tetapi pemangkin pembangunan ekonomi ummah yang mampan, progresif dan berimpak seperti Projek keusahawanan anak2 asnaf di UCYP.
Disediakan oleh
Dr Haji Mohd Azmi bin Haji Othman
Ketua Pegawai Eksekutif PKZWP





