SERDANG, 3 September 2026 – Wakaf Pahang menjalinkan kerjasama strategik bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi melaksanakan projek penternakan ikan talapia menggunakan Sistem Teknologi Bioflok di tanah wakaf Kampung Som, Jerantut.
Projek yang turut melibatkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerantut ini bertujuan memanfaatkan tanah wakaf secara produktif, meningkatkan kecekapan penternakan ikan serta menjana manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.
Kerjasama tersebut dimeterai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Serdang dan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.
Dalam majlis sama, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menyerahkan Suratcara Pelantikan Mutawalli Khas kepada USIM bagi membolehkan pembangunan tanah wakaf berkenaan dilaksanakan secara terancang dan berimpak.





