...

Impian Terlaksana Bersama Wakaf Pahang

PEKAN, 27 MAC 2024 – Hasrat seorang pesara kerajaan untuk mewakafkan tanahnya akhirnya tercapai. Encik Zaharuddin Bin Abdul Rahim, bekas pegawai kerajaan yang kini telah bersara, menjelaskan bahawa beliau telah lama mempunyai niat untuk mewakafkan tanah yang dimilikinya sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, “Saya merasakan bahawa mewakafkan tanah ini adalah cara terbaik untuk saya memberi kembali kepada masyarakat dan menyokong pembangunan agama di kawasan ini. Tanah yang diwakafkan berkeluasan 1 ekar itu akan dimanfaatkan bagi tujuan keagamaan.

Kesinambungan dari hasrat pewakaf, Encik Zaharuddin untuk menabur bakti kepada masyarakat melalui wakaf tanah ini akan menyemarakkan semangat umat Islam di negeri Pahang untuk terus melakukan amal kebajikan. Disamping menyuburkan amalan berwakaf khususnya di bulan Ramadhan ini.

Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.