Jalinan Mesra Bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Maran

MARAN, 19 MEI 2022 – Al Fadhil Qadhi Daerah Maran Ustaz Amirul Farhan, Imam Besar Masjid Daerah Maran Ustaz Husam Amran merangkap Timbalan Qadhi dan Imam Masjid Chenor Ustaz Imad, menerima kunjungan hormat daripada Pihak Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YH Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang yang telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan zakat dan wakaf khususnya peranan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam di negeri Pahang. Di kesempatan itu juga, YH. Dato’  telah memberikan sedikit info berkenaan organisasi wakaf dan cara penggunaan portal wakafpahang.my dalam mendapatkan maklumat berkenaan wakaf serta kaedah-kaedah berwakaf seperti konsep wakaf tunai yang boleh di lakukan melalui sistem bayaran yang menggunakan kaedah FPX.

Dalam pertemuan itu, YH. Dato’ juga sempat membincangkan perancangan program-program wakaf yang terkini dan akan datang bagi memantapkan lagi pemahaman umat Islam berkenaan wakaf di negeri Pahang khususnya masyarakat di daerah Maran itu sendiri. Pertemuan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu memberikan satu peluang dan ruang yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-kedua pihak dan satu usaha yang amat baik dalam memberikan maklumat berkaitan Wakaf Pahang.

Penerangan berkenaan akan kerap dilakukan oleh pihak Wakaf Pahang dalam usaha untuk turun padang ke setiap daerah-daerah di negeri Pahang bagi menyebarkan maklumat dan info-info berkenaan wakaf dalam menggalakkan amalan berwakaf di kalangan masyarakat Pahang.

Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat dan wakaf di negeri Pahang.

Kongsi:

Berita Terkini