Taklimat Wakaf di IPD Bentong

BENTONG, 9 MAC 2023 – Satu taklimat wakaf telah diadakan di IPD Bentong yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fariduddin Bin Mohd Salleh. Lebih 30 pegawai dan anggota yang terlibat sama di dalam taklimat tersebut. Tujuan taklimat tersebut dilaksanakan adalah untuk menerangkan berkaitan pengurusan wakaf kepada pegawai dan anggota di IPD Bentong di samping membuka peluang […]

Street Dakwah Pekan Sari Dong, Raub

RAUB, 8 MAC 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang Zon Barat telah mengadakan Street Dakwah di Pekan Sari Dong, Raub. Ia bertujuan untuk menyebarkan dan memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan ibadah zakat dan wakaf. Kaunter zakat dan wakaf turut dibuka untuk memudahkan para pengunjung untuk melaksanakan atau mengetahui dengan lebih mendalam tentang ibadah […]

Taklimat Wakaf Bersama Guru Besar-Guru Besar Di PPD Lipis

LIPIS, 8 MAC 2023 – Dalam satu program yang dianjurkan oleh PPD Lipis, Wakaf Pahang diberi kesempatan untuk berkongsi berkenaan pengurusan wakaf di negeri Pahang. Sebanyak 69 buah sekolah yang terlibat yang diwakili guru besar dan pengetua sekolah rendah dan menengah di seluruh Daerah Lipis. Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Qumeyza Safwan Bin Sulaiman selaku […]

Street Dakwah Pasar Kemboja, Pekan

PEKAN, 4 MAC 2023 – Sempena Bulan Zakat dan Wakaf yang berlangsung, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah mengadakan Street Dakwah di tempat-tempat yang terpilih. Ia bertujuan untuk menyebarkan dan memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan ibadah zakat dan wakaf. Kaunter zakat dan wakaf turut dibuka untuk memudahkan para pengunjung untuk melaksanakan atau mengetahui […]

Syaaban sebagai Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang

KUANTAN, 22 FEBRUARI 2023 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah melancarkan bulan Syaaban sebagai Bulan Zakat dan Wakaf peringkat Negeri Pahang. Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, penganjuran Syaaban sebagai Bulan Zakat dan Wakaf adalah untuk mempertingkatan kesedaran kewajipan berzakat dan amalan berwakaf dalam […]

Sidang Meja Bulat – Garis Panduan Mutawalli

KUANTAN, 26 JANUARI 2023 – Satu sesi Sidang Meja Bulat Wakaf Pahang telah diadakan bagi membincangkan dan menambahbaik berkenaan Garis Panduan Mutawali. Sesi tersebut dihadiri oleh beberapa kumpulan profesional yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran. Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah membentangkan […]

Sidang Meja Bulat bersama Kumpulan Profesional

KUANTAN, 22 DISEMBER 2022 – Satu program sidang meja bulat telah diadakan bersama Kumpulan Profesional yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran bagi memberi pendedahan lebih lanjut berkenaan kedudukan dan gerak kerja berkaitan Wakaf Pahang. Perkongsian berkenaan pengurusan dan perkembangan wakaf di Negeri Pahang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan […]

Sidang Meja Bulat bersama KPP JAIP & Al-Fadhil Qadhi-Qadhi Negeri Pahang

KUANTAN, 21 DISEMBER 2022 – Satu program sidang meja bulat telah diadakan bersama KPP JAIP & Al-Fadhil Qadhi-Qadhi di Negeri Pahang bagi memberi pendedahan lebih lanjut berkenaan kedudukan dan gerak kerja berkaitan Wakaf Pahang. YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah JAIP turut hadir bersama dalam program tersebut. Pengurus Besar Kanan Pusat […]

Wakaf Pahang sumbang 100 unit kerusi roda

KUANTAN, 2 Disember 2022 – Sebanyak 100 unit kerusi roda telah diagihkan kepada 10 buah hospital daerah di Negeri Pahang. Agihan ini adalah hasil sumbangan wakaf orang ramai serta kerjasama daripada Yayasan Waqaf Malaysia. Encik Qumeyza selaku Pengurus Wakaf Pahang berkata, ini adalah salah satu projek Wakaf Pahang untuk membantu pihak hospital-hospital dalam memberikan keselesaan […]

Wakaf Pahang Sumbang Mesin Dialisis

GAMBANG, 20 Oktober 2022 – Pusat Dialisis MUIP semalam menerima sumbangan 10 mesin hemodialisis bernilai RM369,000 daripada Wakaf Pahang dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan penyakit buah pinggang. Sumbangan itu bagi kegunaan di dua pusat dialisis di bawah MUIP iaitu Pusat Dialisis MUIP Cawangan Cenderawasih yang menerima 6 unit mesin dan Cawangan Gambang yang menerima […]