Wakaf Pahang Sumbang Mesin Dialisis

GAMBANG, 20 Oktober 2022 – Pusat Dialisis MUIP semalam menerima sumbangan 10 mesin hemodialisis bernilai RM369,000 daripada Wakaf Pahang dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan penyakit buah pinggang.

Sumbangan itu bagi kegunaan di dua pusat dialisis di bawah MUIP iaitu Pusat Dialisis MUIP Cawangan Cenderawasih yang menerima 6 unit mesin dan Cawangan Gambang yang menerima 4 unit mesin.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud berkata, pemberian mesin itu dibuat berikutan keperluannya yang mendesak.

“Memang banyak permintaan, tetapi kita melihat kepada keperluan pusat berkenaan, seterusnya kumpulan sasaran yang boleh menggunakan mesin berkenaan dan pengendalian mesin berkenaan yang diguna pakai dengan baik”, ujarnya.

Menurut Dato’ Haji Halidan, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan hospital dan klinik kesihatan lain di seluruh Negeri Pahang untuk mengetahui sama ada terdapat keperluan bagi sebarang jenis mesin rawatan harian yang boleh dibantu pada masa akan datang.

Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Mesin Hemodialisis dirasmikan oleh YAM. Tengku Panglima Raja, Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP.

(Gambar) Serahan Cek Sumbangan oleh YAM. Tengku Panglima Raja, Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada YBrs Tuan Haji Ahmad Mustaqim bin Mohd Zain. – Media Pusat Dialisis MUIP

Turut hadir bersama, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YBrs Tuan Haji Ahmad Mustaqim bin Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Holdings Sdn Bhd, Dr. Mohd Syakir bin Dato’ Haji Mohd Taib, Ahli Jawatankuasa Wakaf, wakil-wakil media, tetamu jemputan & kakitangan Kumpulan MUIP Holdings Sdn Bhd serta Pusat Dialisis MUIP.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp

Berita Terkini

UMP terbanyak potong gaji wakaf

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Sempena Forum Wakaf “Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang” yang diadakan di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan semalam, 2 majikan yang

Wakaf Pahang Mula Mengorak Langkah

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Seramai lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta, Badan-Badan Korporat dan Swasta, Universiti Awam dan Swasta

Kerjasama Wakaf Pahang – KOSPEK

KUANTAN, 17 Ogos 2022 – Wakaf Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK) yang diketuai oleh Encik Suris Mihat,

Pautan Pantas

x