Wakaf Pahang sumbang 100 unit kerusi roda

KUANTAN, 2 Disember 2022 – Sebanyak 100 unit kerusi roda telah diagihkan kepada 10 buah hospital daerah di Negeri Pahang. Agihan ini adalah hasil sumbangan wakaf orang ramai serta kerjasama daripada Yayasan Waqaf Malaysia.

Encik Qumeyza selaku Pengurus Wakaf Pahang berkata, ini adalah salah satu projek Wakaf Pahang untuk membantu pihak hospital-hospital dalam memberikan keselesaan kepada masyarakat ketika mendapatkan rawatan di hospital daerah.

“Sebenarnya pihak Yayasan Waqaf Malaysia bersama-sama Wakaf Pahang telah menyediakan 100 unit kerusi roda untuk diagihkan kepada hospital-hospital daerah di Negeri Pahang yang terpilih dan Hospital Pekan adalah hospital yang pertama menerima bantuan wakaf kerusi roda ini. Alhamdulillah dalam masa seminggu ini kami telah keseluruh daerah di Negeri Pahang untuk membuat pengagihan”.

Menurut beliau lagi, banyak maklumbalas positif yang diterima oleh pihak hospital terutamanya berkenaan potongan gaji kakitangan. Pihak hospital juga mengalu-alukan kedatangan pihak Wakaf Pahang untuk memberi penerangan lanjut berkaitan wakaf di Negeri Pahang.

Semoga dengan pemberian sumbangan kerusi roda ini diharap dapat memartabatkan lagi imej Wakaf Pahang di mata masyarakat sekaligus merealisasikan hasrat murni untuk melihat pembangunan wakaf di Pahang berkembang.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp

Berita Terkini

Wakaf Pahang Sumbang Mesin Dialisis

GAMBANG, 20 Oktober 2022 – Pusat Dialisis MUIP semalam menerima sumbangan 10 mesin hemodialisis bernilai RM369,000 daripada Wakaf Pahang dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan

UMP terbanyak potong gaji wakaf

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Sempena Forum Wakaf “Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang” yang diadakan di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan semalam, 2 majikan yang

Pautan Pantas

x