...

Jalinan Mesra Bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub

RAUB, 22 APRIL 2022 – Wakaf Pahang bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang telah membuat satu kunjungan hormat kepada Al-Fadhil Qadhi Muhammad Amin Bin Abd Mutalib di pejabat beliau di Raub. Turut serta, Pengurus Zon Barat Pusat Kutipan Zakat Pahang, Encik Mohd Zaisam bin Zainal.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi dengan pihak Al-Fadhil Qadhi Raub tentang produk-produk wakaf yang ada dan mendapat maklum balas yang sangat baik. Hasil dari kunjungan tersebut, pihak Al-Fadhil Qadhi Raub telah mmeberikan beberapa cadangan, antaranya, kaedah penggunaan ‘paywave’ yang dilihat lebih memudahkan proses pembayaran wakaf dan antara lainnya membuat program-program bersama masjid-masjid, melalui jawatankuasa masjid di daerah mereka.

Di sebelah petang pula, satu perjumpaan bersama penghulu-penghulu daerah Raub seramai 6 orang di mana mereka meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku di hati mengenai isu-isu wakaf yang tidak dapat diselesaikan namun apabila adanya pihak Wakaf Pahang yang telah membentangkan mengenai penyelesaian masalah-masalah berkaitan wakaf, hasrat mereka tercapai. Salah seorang penghulu telah sedia maklum tentang portal wakafpahang.my dan dalam masa yang sama, beliau membuat bayaran wakaf di e-zid.my. Pihak mereka juga meminta untuk menyediakan mesin kiosk dan banting untuk memudahkan lagi promosi wakaf.

Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat dan wakaf di negeri Pahang.

Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.