...

Program Perkongsian Konsep Pewakafan Wakaf Pahang

KUANTAN, 13 MEI 2022 – Seramai 6 orang penghulu di daerah Kuantan telah menghadiri taklimat perkongsian maklumat berkenaan Wakaf Pahang di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang. Sesi taklimat berkenaan wakaf ini diketuai oleh YH. Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud (Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang) bersama beberapa orang pegawai yang terlibat seperti Tuan Hj. Che Samsol (Ketua Bahagian Korporat Pusat Kutipan Zakat Pahang), Encik Qumeyza Safwan Bin Sulaiman (Pengurus Wakaf Pahang), dan Ustaz Mohd Farid Bin Mohd Ramly (Pegawai Korporat Dan Pemasaran Wakaf Pahang).

Menurut YH. Dato’ Halidan MD Daud, hasil dari perkongsian berkenaan maklumat Wakaf Pahang jelas memberi kesan yang amat positif dalam kalangan penghulu-penghulu di Kuantan dalam usaha memberikan info berkenaan wakaf kepada seluruh rakyat negeri Pahang secara khususnya dan secara amnya kepada seluruh masyarakat yang ada di Malaysia.

Hasil dari pertemuan ini, pelbagai cadangan dan buah fikiran yang bernas dapat di berikan oleh penghulu-penghulu di daerah Kuantan sebagaimana saluran hebahan wakaf dapat di salurkan dengan cara yang lebih berkesan kepada masyarakat yang ada di luar sana terutama masyarakat kampung yang kurang didedahkan dengan maklumat terutama melalui saluran media yang di gunakan pada hari ini.

Tambahan pula, usaha penerangan maklumat Wakaf Pahang ini perlu di sebarkan kepada semua peringkat ketua bahagian masyarakat yang berada di negeri Pahang, supaya maklumat berkenaan wakaf ini sampai ke semua rakyat negeri Pahang dan jika usaha ini berjaya, sudah pasti ekonomi umat Islam dapat di pertingkatkan sejajar dengan hasrat KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menyeru lebih ramai masyarakat yang ada di luar sana berwakaf bersama Wakaf Pahang.

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.