Jalinan Mesra Bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh

TEMERLOH, 21 APRIL 2022 – Wakaf Pahang bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang telah membuat satu kunjungan hormat kepada Al-Fadhil Qadhi Abdul Aziz bin Abd Karim di pejabat beliau di Temerloh.

Dalam pertemuan tersebut, YH. Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan zakat dan wakaf khususnya penggunaan e-zid.my dalam urusan pembayaran zakat dan wakaf. Di kesempatan itu, YH. Dato’ juga telah memberikan sedikit info tentang kepentingan wakaf kepada umat Islam di negeri Pahang. Kunjungan tersebut turut membincangkan perancangan-perancangan program-program terkini dan akan datang bagi memantapkan pemahaman umat Islam di negeri Pahang khususnya berkaitan zakat dan wakaf.

Di sisi lain, Al-Fadhil Qadhi memberikan respon yang baik terhadap kunjungan tersebut dan melihat bahawa dengan adanya Wakaf Pahang, beliau lebih memahami bagaimana prosedur dan ilmu wakaf yang sebenarnya berbanding sebelum ini. Beliau juga ada melontarkan beberapa cadangan kepada Wakaf Pahang khususnya untuk mengembangkan lagi ilmu-ilmu wakaf sama ada kepada masyarakat termasuklah kepada kakitangan di sana. Selain itu, di pihak KPP Dakwah juga bercadang untuk membuat pelancaran wakaf peringkat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) termasuklah guru-guru, penjaga dan pelajar di sekolah.

Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat dan wakaf di negeri Pahang.