Kuantan, 27 Februari 2026 – Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri, Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah menganjurkan satu sesi Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Mohd Syakir bin Dato’ Mohd Taib. Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengisian rohani dan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Dalam kuliah tersebut, Dr. Mohd Syakir telah menyampaikan pengisian yang menekankan kepentingan memperbaiki hubungan dengan Allah SWT melalui amalan-amalan harian serta peranan umat Islam dalam menyumbang kepada pembangunan ummah. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap amalan kebaikan, termasuk amalan wakaf, merupakan satu bentuk pelaburan akhirat yang memberi manfaat berpanjangan.

Program seperti ini diharap dapat memberi peringatan dan inspirasi kepada para peserta untuk terus meningkatkan amal ibadah serta menghayati nilai-nilai murni dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan anggota masyarakat.