Kunjungan Hormat Wakaf Pahang Ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2022 – Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Pengerusi TNB, YB. Dato’ Sri Hasan bin Arifin di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Pengurus Wakaf Pahang, Encik Qumeyza Safwan bin Sulaiman dan Encik Muhammad Amirul Syafiq bin Rosly selaku Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Wakaf Pahang yang tertumpu kepada mewujudkan hubungan dua hala antara pihak TNB dan Wakaf Pahang sekaligus meneroka ruang kerjasama dengan pihak TNB untuk membangunkan tanah di negeri Pahang.

Semoga hubungan baik yang terjalin ini dapat memantapkan lagi pengurusan wakaf di Negeri Pahang.

Kongsi:

Berita Terkini