Kunjungan Hormat UDA Waqf Holdings Berhad

KUANTAN, 27 JULAI 2022 – Pihak Wakaf Pahang telah menerima satu kunjungan hormat dari UDA Waqf Holdings Berhad yang diwakili oleh YBrs. Dr. Haji Mohamad Noor, Timbalan Presiden II UDA Waqf dan Encik Muhamad Faizal, Eksekutif UDA Waqf.

Dalam sesi perkongsian ini, pihak UDA menyatakan komitmen dan sokongan dalam membantu MAIN untuk membangunkan hartanah wakaf supaya dapat dimanfaatkan oleh ummah dan juga ekonomi setempat.

Wakaf Pahang juga berpeluang untuk melihat model-model pembangunan hartanah wakaf yang telah dibangunkan dan akan dibangunkan oleh UDA Waqf seperti Wakaf Setee Aishah Fasa 2, Pangsapuri Wakaf Sheikh dan beberapa lagi pembangunan yang akan dijalankan pada masa hadapan. Pembangunan-pembangunan ini telah berjaya dilaksanakan dan memberi pulangan yang besar khususnya kepada ekonomi umat Islam.

Wakaf Pahang sentiasa berusaha untuk membangunkan hartanah-hartanah wakaf demi kemaslahatan ummah. Kehadiran pihak UDA pula dilihat sebagai satu permulaan yang positif bagi Wakaf Pahang dalam merealisasikan hasrat murni untuk melihat pembangunan wakaf di Pahang berkembang.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan hasrat Wakaf Pahang dan komitmen yang jitu dari pihak UDA Waqf.

Kongsi:

Berita Terkini

Kerjasama Wakaf Pahang – KOSPEK

KUANTAN, 17 Ogos 2022 – Wakaf Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK) yang diketuai oleh Encik Suris Mihat,

Pautan Pantas

x