Penerimaan Geran Tanah Wakaf di Shah Alam

SHAH ALAM, 19 JUN 2022 – Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Tuan Haji Mohd Ali Bin Hassan yang telah mewakafkan 2 bidang tanah bagi tujuan kebajikan wakaf am di daerah Pekan, Pahang.

Menurut beliau, hasrat untuk mewakafkan tanah tersebut yang juga merupakan kampung halamannya telah lama dirancang dan bersyukur kerana telah terlaksana pada hari ini. Beliau mewakili keluarga juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wakaf Pahang kerana sudi hadir ke rumah kediaman beliau di Shah Alam, Selangor. “Harapan kami agar tanah yang diwakafkan ini dapat dibangunkan dan dimanfaatkan sebaik yang mungkin”, katanya dengan penuh harapan.

Semoga lebih ramai lagi masyarakat yang ada di luar sana ingin melaksanakan ibadah wakaf untuk bekalan di akhirat disamping dapat menyumbangkan harta untuk merancakkan ekonomi ummah khususnya di negeri Pahang.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp

Berita Terkini

Wakaf Pahang Sumbang Mesin Dialisis

GAMBANG, 20 Oktober 2022 – Pusat Dialisis MUIP semalam menerima sumbangan 10 mesin hemodialisis bernilai RM369,000 daripada Wakaf Pahang dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan

UMP terbanyak potong gaji wakaf

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Sempena Forum Wakaf “Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang” yang diadakan di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan semalam, 2 majikan yang

Wakaf Pahang Mula Mengorak Langkah

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Seramai lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta, Badan-Badan Korporat dan Swasta, Universiti Awam dan Swasta

Pautan Pantas

x