Wakaf Pahang Mula Mengorak Langkah

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Seramai lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta, Badan-Badan Korporat dan Swasta, Universiti Awam dan Swasta serta Pembayar Zakat dan Wakaf menghadiri forum wakaf yang bertempat di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan semalam.

Dalam ucaptama program tersebut, YH. Dato’ Hj Mohd Najid bin Hj Hussain selaku Panel Penggubal Enakmen Wakaf Pahang sempat menyentuh berkenaan hukum, undang-undang serta penguatkuasaan wakaf.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud berkata, forum yang dianjurkan itu merupakan program sulung Wakaf Pahang yang diadakan seusai RUU Wakaf Pahang yang telah diluluskan pada 13 Oktober 2022 yang lalu.

“Kita berasa sangat bersyukur kerana RUU Wakaf Pahang ini telah diluluskan dalam Sidang Dun baru-baru ini. Perkara ini amat penting buat pihak pengurusan khususnya kerana dengan adanya RUU ini ia dapat melicinkan pentadbiran dan pengurusan wakaf di Negeri Pahang” katanya ketika merasmikan forum wakaf tersebut.

Sementara itu, beliau turut berkata, dalam usaha untuk memperluaskan promosi dan meningkatkan kesedaran mengenai wakaf, pihaknya dalam perancangan untuk melaksanakan siri jelajah di seluruh Negeri Pahang secara berperingkat.

(Gambar) YH. Dato’ Hj Mohd Najid bin Hj Hussain ketika ucaptama forum wakaf. – Media PKZ

Forum wakaf yang membawa tajuk “Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang” dibarisi 3 ahli panel iaitu Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zin, Timbalan Mufti Negeri Pahang yang membicarakan mengenai hukum hakam, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud itu sendiri dalam menerangkan berkenaan pengurusan wakaf di Negeri Pahang serta Dr. Mohd Syakir bin Dato’ Haji Mohd Taib iaitu Pengarah Pusat Wakaf Kolej Profesional Baitulmal yang membicarakan berkenaan sejarah dan potensi yang ada di dalam pembangunan institusi wakaf.

Turut hadir juga ialah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman.

Dalam pada itu, Dr Syakir berkata, “Wakaf merupakan institusi ekonomi umat Islam yang sangat penting dalam membangun negeri, negara dan tamadun. Ianya perlu dikembangkan dengan cara yang terbaik dan waspada demi memaksimakan manfaatnya kepada umat Islam khususnya dan manusia seluruhnya”.

Peranan wakaf sangat dinamik serta banyak membantu masyarakat dan dengan usaha digembleng semua pihak, ia boleh membantu mensejahterakan seluruh rakyat Malaysia. Berwakaf bukan sahaja membantu masyarakat, tetapi juga membantu kita untuk penyediaan bekalan di akhirat kelak. Semai di dunia, tuai di akhirat.

Kongsi:

Facebook
WhatsApp

Berita Terkini

Wakaf Pahang Sumbang Mesin Dialisis

GAMBANG, 20 Oktober 2022 – Pusat Dialisis MUIP semalam menerima sumbangan 10 mesin hemodialisis bernilai RM369,000 daripada Wakaf Pahang dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan

UMP terbanyak potong gaji wakaf

KUANTAN, 20 Oktober 2022 – Sempena Forum Wakaf “Menjejaki Potensi Wakaf di Negeri Pahang” yang diadakan di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan semalam, 2 majikan yang

Kerjasama Wakaf Pahang – KOSPEK

KUANTAN, 17 Ogos 2022 – Wakaf Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK) yang diketuai oleh Encik Suris Mihat,

Pautan Pantas

x