Kerjasama Wakaf Pahang – KOSPEK

KUANTAN, 17 Ogos 2022 – Wakaf Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK) yang diketuai oleh Encik Suris Mihat, Pengerusi KOSPEK.

Dalam kunjungan hormat ini, KOSPEK menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Wakaf Pahang dalam merancakkan lagi ibadah wakaf khususnya dalam kalangan kakitangan KOSPEK.

KOSPEK akan berusaha untuk mengajak seramai mungkin kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan yang menumpukan ahli KOSPEK supaya berwakaf menggunakan platform di portal Wakaf Pahang untuk disumbangkan kepada pusat-pusat Tahfiz yang ada di sekitar Kuantan.

Pusat tahfiz sebagai salah satu institusi pendidikan dan keagamaan wajar diberi perhatian memandangkan kebanyakan pusat ini beroperasi secara individu. Justeru, sudah pasti banyak kekurangan dan kekangan dari segi kewangan yang dialami institusi-institusi ini.

Wakaf Pahang sentiasa mengalu-alukan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada umat Islam, khususnya di negeri Pahang. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh KOSPEK wajar dicontohi oleh institusi-institusi korporat yang lain. KOSPEK juga merupakan antara institusi korporat terawal yang menjalinkan kerjasama dengan Wakaf Pahang.

ALLAH SWT berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahui-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 92)

Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat kepaada umat Islam khususnya di negeri Pahang.

Kongsi:

Berita Terkini

Pautan Pantas

x