WAKAF SATU AMALAN SUNAT YANG SANGAT DITUNTUT

KUANTAN, 15 Disember 2021, ‘Syukur Alhamdulillah’, Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menerima 4 lot Tanah untuk diwakafkan. Antara pewakaf yang telah mewakafkan tanah adalah Puan Asmah binti Yahya di Mukim Sungai Karang yang berkeluasan 0.6045Hektar bagi tujuan kebajikan AM dan Encik Abd Rahman bin Bakar di Mukim Teriang, Kemayan, seluas 1850 Meter Persegi juga bagi tujuan kebajikan Am. Selain itu, pewakaf bernama Encik Khairron Anuar bin M.Jamil telah membeli 2 lot tanah  bersebelahan seterusnya telah mewakafkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Mukim Kuala Kuantan, Bukit Bangkong yang berkeluasan 0.407Hektar dan 0.41Hektar.

Amalan wakaf ini ibarat ‘gergasi sedang tidur’ memandangkan potensinya belum diterokai sepenuhnya. Syariat Islam mengiktiraf wakaf sebagai amalan sedekah kelas pertama yang sangat digalakkan. Ia menjanjikan imbuhan pahala berterusan kepada pewakaf, selagi harta diwakafkan itu kekal dan memberi manfaat.

Firman Allah SWT: “Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Kongsi:

Berita Terkini

WAKAF AMALAN SEDEKAH KELAS PERTAMA

KUANTAN, 17 Disember 2021 – Alhamdulillah, Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih

Wakaf Tanah untuk Saham Akhirat

Rompin, 15 November 2021 – Amalan saham akhirat itu menjadi pegangan buat adik-beradik Dato’ Abdullah Kadir yang berhasrat mewakafkan sebuah rumah dan tanah seluas kira-kira