...

Wakaf Amalan Sedekah Kelas Pertama

KUANTAN, 17 DISEMBER 2021 – Alhamdulillah, Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada YH. Dato’ Zainal Abidin bin Hj. Mat Said, kerana telah sudi hadir untuk mewakafkan sebidang tanahnya di Mukim Mentakab, Batu Kapor yang berkeluasan 1563 Meter Persegi bagi tujuan kebajikan Am. 

Pada 15 Disember 2018, YH. Dato’ juga pernah mewakafkan sebidang tanah miliknya di Mukim Ulu Lepar. Semoga Allah Taala Memberkati Amalan Pewakaf & Menjadikan Ianya Asbab Beliau Ke Syurga Allah. Syariat Islam mengiktiraf wakaf sebagai amalan sedekah kelas pertama yang sangat digalakkan. Ia menjanjikan imbuhan pahala berterusan kepada pewakaf, selagi harta diwakafkan itu kekal dan memberi manfaat.

Pensyariatan wakaf dinyatakan jelas dalam al-Quran. Allah SWT berfirman: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.” (Surah al-Imran, ayat 92)

Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.