Lawatan Tapak ProjekPembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah

BENTONG, 3 Mac 2026 – Satu lawatan ke tapak projek pembinaan Kompleks Anjung Husnul Khatimah di Kampung Lebu, Bentong telah diadakan pada 3 Mac 2026 bagi meninjau perkembangan semasa pembinaan kompleks tersebut. Lawatan ini diwakili oleh pihak Wakaf Pahang yang dihadiri oleh Dr Mohd Syakir bin Dato’ Haji Mohd Taib, Timbalan Pengurus Wakaf Pahang, bersama […]
Program Tazkirah Ramadan – Ihya’ Ramadan Negeri Pahang

Kuantan, 3 Mac 2026 – Program Ihya’ Ramadan Negeri Pahang telah berlangsung dengan meriah di Padang MBK 1, Kuantan pada 3 Mac 2026. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sebagai salah satu usaha menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan masyarakat. Antara pengisian utama program tersebut ialah sesi […]
Kuliah Dhuha Tingkatkan Kesedaran Amal dan Wakaf

Kuantan, 27 Februari 2026 – Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri, Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah menganjurkan satu sesi Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Mohd Syakir bin Dato’ Mohd Taib. Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengisian rohani dan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Dalam […]
Pesakit Terima Manfaat melalui Bantuan Wakaf Kesihatan

KUANTAN, 25 Februari 2026 – Prihatin terhadap kebajikan golongan memerlukan, Pusat Kutipan Zakat Dan Zakat Wakaf (PKZW) melalui Wakaf Pahang terus komited menyalurkan bantuan kebajikan berasaskan wakaf Kesihatan kepada masyarakat setempat di Negeri Pahang. Ketua Pegawai Eksekutif PKZW, Dr. Hj. Mohd Azmi bin Othman, diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, Dr. Mohd Syakir bin […]
TAKLIMAT KUPON WAKAF KEPADA AMIL ZAKAT FITRAH DAERAH PEKAN

Pekan, 10 Februari 2026 – Satu sesi taklimat berkenaan Kupon Wakaf telah diadakan kepada para Amil Zakat Fitrah di sekitar daerah Pekan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Khairul, wakil daripada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Cawangan Pekan. Kehadiran para amil mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan peranan mereka bukan sahaja sebagai pemudah cara kutipan […]
TAKLIMAT KUPON WAKAF KEPADA AMIL ZAKAT FITRAH DAERAH MARAN

Maran, 29 Januari 2026 – Para Amil Zakat Fitrah di daerah Maran telah menghadiri satu sesi taklimat khas berkenaan Kupon Wakaf yang dianjurkan baru-baru ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh, dengan fokus memberikan pemahaman menyeluruh mengenai peranan amil dalam menyokong pelaksanaan wakaf di peringkat komuniti. Kehadiran peserta mencerminkan […]
TAKLIMAT KUPON WAKAF KEPADA AMIL ZAKAT FITRAH DAERAH TEMERLOH

Temerloh, 29 Januari 2026 – Satu sesi taklimat khas mengenai Kupon Wakaf telah berjaya dianjurkan untuk para Amil Zakat Fitrah di daerah Temerloh. Taklimat ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fariduddin bin Mohd Salleh . Kehadiran para amil menekankan komitmen mereka dalam memahami mekanisme wakaf dan peranan mereka sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat setempat. […]
Lawatan Tapak Perkukuh Pelaksanaan Projek Kompleks Kesihatan Wakaf di Pekan

PEKAN, 15 Januari 2025 — Lawatan tapak telah diadakan bagi memperkukuh pelaksanaan Projek Kompleks Kesihatan Wakaf di Pekan melibatkan Wakaf Pahang (MUIP) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak projek serta memastikan perancangan dan pelaksanaan projek berjalan selaras dengan keperluan yang telah […]
Kuliah Dhuha Wakaf Pahang di Masjid Al-Muadzam Shah

MUADZAM SHAH, 21 November 2025 – Masjid Al-Muadzam Shah hari ini menganjurkan sesi Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran. Kuliah tersebut mendapat perhatian para jemaah apabila beliau membincangkan secara jelas mengenai peranan, manfaat dan perkembangan Wakaf Pahang dalam membantu pembangunan umat Islam. Dalam penyampaiannya, Ustaz […]
Penyerahan Projek Wakaf Solar berjumlah RM 120,000

MUADZAM SHAH, 20 November 2025 – Wakaf Pahang sebagai wakil rasmi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Wakaf Pahang, Dr. Haji Mohd Azmi b. Hj Othman telah merasmikan penyerahan Projek Wakaf Solar di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit Muadzam Shah. Inisiatif ini […]