KUALA LIPIS, 22 JUN 2022 – Wakaf Pahang telah membuat satu kunjungan hormat ke Pejabat Agama Daerah Lipis dan disambut oleh Al-Fadhil Qadhi Mohd Zainudin bin Zakaria di pejabat beliau. Dalam pertemuan tersebut, YH. Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan wakaf khususnya penggunaan e-zid.my dalam urusan pembayaran wakaf. Di kesempatan itu, YH. Dato’ juga telah memberikan sedikit info tentang kepentingan wakaf kepada umat Islam di negeri Pahang. Kunjungan tersebut turut membincangkan perancangan-perancangan program-program terkini dan akan datang bagi memantapkan pemahaman umat Islam di negeri Pahang khususnya berkaitan wakaf.
Di sisi lain, Al-Fadhil Qadhi memberikan respon yang baik terhadap kunjungan tersebut dan melihat bahawa dengan adanya Wakaf Pahang, beliau lebih memahami bagaimana prosedur dan ilmu wakaf yang sebenarnya berbanding sebelum ini. Beliau juga ada melontarkan beberapa cadangan kepada Wakaf Pahang khususnya untuk mengembangkan lagi ilmu-ilmu wakaf sama ada kepada masyarakat termasuklah kepada kakitangan di sana.
Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan wakaf di negeri Pahang.