SELANGOR, 20 JUN 2022 – Satu pertemuan telah diadakan melalui kunjungan hormat Wakaf Pahang yang diketuai oleh YH. Dato’ Hj. Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang ke Perbadanan Wakaf Selangor.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu semasa berkaitan wakaf di antara negeri Pahang dan Selangor dapat dikongsikan dalam usaha kerjasama ini.
Menurut Encik Qumeyza, Pengurus Wakaf Pahang yang turut hadir bersama dalam delegasi ini, sikap keterbukaan perkongsian maklumat yang dikongsikan oleh pegawai-pegawai Perbadanan Wakaf Selangor jelas dapat disimpulkan bahawa hubungan baik kedua-dua institusi ini mampu memberikan impak yang positif ke arah yang lebih baik dalam memajukan institusi wakaf di negeri Pahang dan Selangor.
Semoga hubungan baik yang terjalin antara Wakaf Pahang dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) ini dapat memantapkan lagi pengurusan wakaf di tanah air kita serta dapat memberi manfaat buat umat Islam pada hari ini.