KUANTAN, 20 MEI 2022 – Satu pertemuan telah diadakan melalui kunjungan hormat YH. Dato’ Hj. Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang kepada Tuan Mohammad Rosli bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Dalam pertemuan ini, pelbagai pekara dan isu semasa berkaitan wakaf dan pendidikan dapat dikongsikan dalam usaha kerjasama antara Wakaf Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. YH. Dato’ sempat menerangkan info-info berkaitan wakaf disamping menjelaskan isu-isu semasa berkenaan wakaf dan pendidikan. Hasil dalam pertemuan ini juga menunjukkan suatu bentuk jalinan kerjasama yang positif kearah kebersamaan dalam mengeratkan hubungan antara kedua-kedua pihak. Dalam pertemuan ini juga, turut dibincangkan untuk dilaksanakan program wakaf dan pendidikan dalam masa terdekat ini.
Menurut YH. Dato’ lagi, wakaf pendidikan merupakan instrumen yang penting dalam pembangunan pendidikan masyarakat Islam, kerana potensi wakaf dalam membantu institusi pendidikan telah di amalkan sejak dari zaman dahulu lagi seperti penubuhan Universiti Al Azhar yang menggunakan dana wakaf dan sehingga ke hari ini ia masih subur dengan melahirkan ramai para ilmuan Islam. Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat dan wakaf di negeri Pahang.