Harta Wakaf Buat Manfaat Masyarakat Setempat

KUALA LIPIS, 06 JANUARI 2022 – Pihak Wakaf Pahang yang mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Puan Salbiah dan Encik Hassan yang telah mewakafkan sebuah unit kediaman di Taman Dahlia, Padang Tengku bagi tujuan kebajikan wakaf am.

Menurut beliau, perbincangan bersama anak-anaknya telah diadakan dan bersetuju agar rumah kediaman mereka tersebut dapat diwakafkan untuk manfaat kepada masyarakat setempat. Beliau mewakili keluarga juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wakaf Pahang yang sudi hadir melawat tapak rumah kediaman yang ingin diwakafkan ini. “Harapan kami agar tanah yang diwakafkan ini dapat dibangunkan dan dimanfaatkan sebaik yang mungkin”, katanya dengan penuh harapan.

Semoga lebih ramai lagi masyarakat yang ada di luar sana ingin melaksanakan ibadah wakaf untuk bekalan di akhirat di samping dapat menyumbangkan harta untuk merancakkan ekonomi ummah khusunya di negeri Pahang ini.

Kongsi:

Berita Terkini