SEMINAR WAKAF IRSOD PAHANG 2026: MEMPERKASA ASET UMMAH, MEMBINA LEGASI WAKAF BERIMPAK TINGGI

PEKAN, 2 NOVEMBER 2026 – Seminar Wakaf Irsod Kali Ke-2 Peringkat Malaysia, yang julung kali diadakan di Negeri Pahang, menjadi medan strategik memperkukuh pembangunan ekonomi Islam melalui pemerkasaan aset wakaf yang produktif, mampan dan berimpak tinggi. Seminar anjuran UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Wakaf Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ini […]
RM90,000 DANA WAKAF UNTUK KEMUDAHAN JEMAAH DAN TANAH PERKUBURAN ISLAM

TEMERLOH, 12 Oktober 2026 – Sumbangan para pewakaf terus disalurkan untuk manfaat masyarakat menerusi penyerahan dana wakaf berjumlah RM90,000 kepada Masjid Al-Mukhlisin, Taman Jaya 6, Temerloh, bagi menyokong dua projek keperluan komuniti setempat. Daripada jumlah tersebut, RM60,000 diperuntukkan bagi projek penambahan ruang solat, manakala RM30,000 bagi projek perolehan tanah kubur Islam. Penambahan ruang solat diharap […]
Warga ATM disasar perkasa zakat, wakaf menerusi kempen ‘Satu Anggota, Satu Wakaf’

KUANTAN, 23 SEPTEMBER 2026 : Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya 2,000 pewakaf baharu dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kempen ‘Satu Anggota, Satu Wakaf’ yang dilaksanakan sepanjang tiga bulan terakhir tahun ini. Inisiatif berkenaan turut menyasarkan peningkatan jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga tentera di Pahang kepada 3,000 orang berbanding […]
Perbincangan Strategik Wakaf Pahang Bersama Muip Holdings & Tmg

KUANTAN, 18 September 2026 – Wakaf Pahang mengadakan perbincangan strategik bersama MUIP Holdings dan TMG bagi meneliti cadangan pembangunan Pusat Latihan Sembelihan Profesional yang diintegrasikan dengan pusat perniagaan melalui kerjasama usaha sama. Perbincangan tersebut diadakan susulan minat yang ditunjukkan oleh pemain industri terhadap cadangan pembangunan berkenaan, sekali gus membuka ruang untuk meneroka potensi wakaf dalam […]
PKZW Pahang Santuni Kunjungan Hormat Yayasan Hasanah

Kuantan, 17 September 2026 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW) hari ini menyantuni kunjungan hormat delegasi Yayasan Hasanah sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam memperkasa agenda ekonomi wakaf di Negeri Pahang. Delegasi Yayasan Hasanah diketuai oleh Pn. Sharifah Norjumiza BTW Syed Agil, Senior Director, Corporate Support Services, bersama En. Megat bin Haji […]
Wakaf Pahang, USIM dan LPP Bangunkan Projek Ternakan Ikan Talapia Bioflok

SERDANG, 3 September 2026 – Wakaf Pahang menjalinkan kerjasama strategik bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi melaksanakan projek penternakan ikan talapia menggunakan Sistem Teknologi Bioflok di tanah wakaf Kampung Som, Jerantut. Projek yang turut melibatkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerantut ini bertujuan memanfaatkan tanah wakaf secara produktif, meningkatkan kecekapan […]
Seminar Zakat Dan Wakaf Ipt @ Politeknik Muadzam Shah Perkasa Kesedaran Zakat Dan Wakaf Dalam Kalangan Pelajar

MUADZAM SHAH, 13 Ogos 2026 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW Pahang) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan Program Seminar Zakat & Wakaf IPT yang berlangsung di Dewan Seri Muadzam (DKU), Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Seminar yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang ini […]
Forum Dhuha “Bijak Mengurus, Berkat Dirasai” Perkasa Pengurusan Rezeki Berlandaskan Islam

KUANTAN, 8 Ogos 2026 – Forum Dhuha bertajuk “Bijak Mengurus, Berkat Dirasai” telah berlangsung bersempena Karnival Kewangan Islam 2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Forum tersebut memberi penekanan bahawa rezeki bukan sekadar untuk dicari, malah perlu diurus dengan ilmu, amanah dan kebijaksanaan agar setiap nikmat yang diterima membawa manfaat serta keberkatan dalam kehidupan. […]
Seminar Pengurusan Harta Islam Beri Pendedahan Kepentingan Perancangan Harta Kepada Warga PGA Pahang

KUANTAN, 23 Julai 2026 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah menjayakan Seminar Pengurusan Harta Islam yang berlangsung di Kem Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pahang dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seminar ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan harta menurut syariat Islam, merangkumi aspek perancangan kewangan, pewarisan, wakaf serta […]
Inilah Hasil Sumbangan Para Pewakaf: Bot Wakaf Pahang Bantu Operasi Kecemasan di Pulau Tioman

TIOMAN, 19 Julai 2026 – Inilah hasil sumbangan para pewakaf. Amanah yang diwakafkan oleh masyarakat terus dimanfaatkan apabila Bot Wakaf Pahang digunakan bagi membantu operasi pemindahan seorang jenazah lemas dan seorang pesakit dari Pulau Tioman ke tanah besar selepas menerima permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tekek dan Klinik Kesihatan (KK) Tekek. Permohonan penggunaan Bot […]