SASARAN KUTIPAN | KUTIPAN TERKINI | BAKI KUTIPAN | STATUS |
---|---|---|---|
RM 2,000,000.00 | RM 125,035.50 | RM 1,874,965.00 | Ditangguhkan |
Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang akan membangunkan sebuah Pusat Latihan dan Projek Pertanian di atas tapak tanah wakaf berstatus pertanian seluas 5 ekar di Jambu Rias, Karak, Bentong. Projek wakaf ini merupakan kombinasi di antara pusat latihan untuk muallaf/kemahiran dan aktiviti pertanian yang melibatkan tanaman kontan/sayur-sayuran dan kolam ikan.
Projek wakaf di Jambu Rias, Karak ini akan memberikan manfaat dari segi perkhidmatan pendidikan/latihan kemahiran kepada masyarakat setempat dan juga pendapatan dari aktiviti pertanian.